Kebocoran gas ammonia, lima pekerja terselamat - Utusan Malaysia

Kebocoran gas ammonia, lima pekerja terselamat

PASUKAN bomba memeriksa keadaan sekitar kilang yang mengalami kebocoran gas ammonia di Jalan Bubul, Semporna. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Tindakan pantas lima kakitangan sebuah kilang ais di Jalan Bubul mengesan dan menutup kebocoran gas ammonia yang berlaku berjaya menyelamatkan mereka daripada terhidu gas berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.08 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati memang berlaku kebocoran gas ammonia seperti yang dilaporkan.

“Walau bagaimanapun, lima pekerja yang berada di premis tersebut berjaya menutup kebocoran yang berlaku dengan serta-merta sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Kemudian, pasukan bomba berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi memeriksa dan memantau keadaan sekitar kilang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, selepas memastikan tiada kemudaratan lain yang berlaku, pihaknya menamatkan operasi pada pukul 11.29 pagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya