KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kemalangan jiwa membabitkan kebakaran lapan unit rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras dekat sini malam tadi.
Difahamkan kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas yang bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.
Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kira-kira pukul 9.15 malam berhubung kejadian itu.
Menurut Komander Operasi Kanan, Nordin Pauzi berkata, sebanyak enam jentwra dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras dengan kekuatan 35 anggota dikejarkan di lokasi kejadian.
Katanya, setibanya jentera dilokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan lapan buah rumah yang 100 peratus musnah.
“ Operasi pemadaman menggunakan teknik water tower jentera khas.
“Kebakaran tidak melibatkan mangsa, kerja-kerja pemadaman sepenuhnya sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita malam tadi.
Tambahnya, bagaimanapun, punca kejadian sedang disiasat. – UTUSAN ONLINE