Kawasan tanah runtuh terkawal - Utusan Malaysia

Kawasan tanah runtuh terkawal

KAWASAN cerun di susur masuk Lebuhraya Persekutuan ditutup dengan kanvas selepas pergerakan tanah dikesan berlaku berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 15 di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pergerakan tanah yang berlaku berhampiran Bulatan Kayangan di Seksyen 15 di sini dilaporkan terkawal selepas petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meletakkan kanvas bagi mengelak rekahan terus terhakis oleh hujan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi media berkata, pihak MBSA memantau kejadian itu kerana terletak behampiran susur masuk Lebuhraya Persekutuan arah pusat bandar Shah Alam.

Jelasnya, MBSA turut memasang kon dan penghadang jalan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melalui kawasan itu untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Terdahulu rekahan dikawasan dikesan dipercayai susulan hujan lebat selama lebih dua hari bermula Jumaat lalu sehingga menyebabkan beberapa kawasan khususnya di Taman Sri Muda, Seksyen 25, dilanda banjir. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya