Kargo ditahan berlabuh tanpa kebenaran di P. Pinang  - Utusan Malaysia

Kargo ditahan berlabuh tanpa kebenaran di P. Pinang 

SEBUAH kapal kargo yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran ditahan Maritim Malaysia Pulau Pinang di kedudukan 0.7 batu nautika barat Bagan Ajam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang dipercayai berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 0.7 batu nautika barat Bagan Ajam, dekat sini semalam. 

Kapal kargo ‘MV KONG’ sepanjang 59.97 meter yang didaftarkan di Sierra Leone itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang. 

Pengarah Maritim Malaysia  negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan sembilan kru dan nakhoda terdiri tiga warga Indonesia serta enam warga Iran berusia antara 34 hingga 47 tahun. 

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. 

“Kapal dan kru tersebut kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk  tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, jika disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya