Kanak-kanak berpaut di tingkap: Pemandu Perodua Alza ditahan - Utusan Malaysia

Kanak-kanak berpaut di tingkap: Pemandu Perodua Alza ditahan

KERATAN laporan Utusan Online semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung video tular  menunjukkan tiga kanak-kanak yang berpaut badan di tingkap sebuah Perodua Alza. 

Video tular berdurasi 13 saat itu dipercaya berlaku pada 25 Disember lalu di Jalan Reko, Kajang di sini. 

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, wanita tersebut ditahan pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman di Kajang di sini semalam. 

“Tiga kanak-kanak itu adalah anak saudaranya yang tinggal di Klang. Kejadian berlaku ketika suspek memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember lalu. 

“Dia kini ditahan serta dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan selanjutnya yang mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Selain itu Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak,” katanya di sini hari ini. 

JSPT turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada netizen yang menyalurkan maklumat sebegini agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.

Tambahnya, JSPT menyeru agar semua pemandu sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sesekali membawa penumpang terutama kanak-kanak dalam keadaan yang berbahaya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya