'Kami okey, tidak kritikal' - Utusan Malaysia

‘Kami okey, tidak kritikal’

INTAN LADYANA dan HARRIS ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara, Harris Alif meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung keadaan dia dan isterinya, Intan Ladyana yang dijangkiti Covid-19.

Kata Harris, dia dan Intan dalam keadaan baik dan hanya mengalami gejala biasa serta tidak kritikal seperti yang ditularkan baru-baru ini.

“Keadaan saya sekarang Alhamdulillah semua okey. Cuma ada beberapa gejala seperti hilang deria rasa dan demam biasa. Intan pula Alhamdulillah. Keadaannya dipantau, paras oksigen dan degupan jantung. Alhamdulillah, semua okey.

“Saya menghargai doa semua. Cuma harapnya apa-apa perkembangan berkaitan keadaan kami boleh rujuk dekat saya. Kami berdua okey, tidak kritikal,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Harris, Intan perlu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan pemantauan rapi berikutan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

“Selepas Intan juga disahkan positif, doktor nasihatkan dia segera dimasukkan ke hospital. Hanya dia seorang yang pergi menaiki ambulans. Saya tidak ikut sama dan hanya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

“Apa pun saya berterima kasih atas doa semua. Saya terima banyak panggilan dan mesej yang bertanyakan tentang keadaan kami. Saya mohon maaf tidak dapat membalas semua,” ujarnya.

Harris disahkan positif Covid-19 empat hari lepas selepas mengalami demam biasa.

“Saya tidak terfikir saya dijangkiti ketika itu. Cuma beranggapan mungkin kesan terkena hujan tempoh hari. Namun demam berlarutan dua hari. Saya buat ujian saringan Covid-19 dan disahkan positif. Kemudian saya kuarantin dalam bilik, langsung tidak berjumpa Intan.

“Selepas itu, Intan pula berasakan dirinya kurang sihat. Kami minta doktor datang rumah untuk periksa. Dia juga disahkan positif dan selepas itu dibawa ke hospital untuk menjalani kuarantin di sana,” ceritanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya