Kaki melecet punca Zii Jia tarik diri - Utusan Malaysia

Kaki melecet punca Zii Jia tarik diri

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beraksi baik, namun kesakitan yang dirasai susulan kaki melecet telah menyekat langkah pemain badminton perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia, malam kelmarin.

Perkara tersebut didedahkan oleh jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan setelah Zii Jia tewas kepada Anders Antonsen menerusi 21-12, 8-21, 1-11 di suku akhir dalam kejohanan yang berlangsung di Huelva, Sepanyol.

Kata Hendrawan, pemain kelahiran Kedah tersebut sudahpun membalut luka berkenaan sebelum turun menentang jaguh Denmark tersebut, namun malangnya ia tidak bertahan lama.

“Semalam (kelmarin) selepas bermain dengan Vittinghus, kakinya melepuh sehingga berdarah. Kemudian, kami sudah buat rawatan tetapi pagi sebelum perlawanan, Zii Jia cakap masih sakit.

“Selepas itu, kami cuba tampal dengan pelekat dan balut luka supaya boleh kurangkan sakit. Set pertama masih boleh bermain tetapi dia tidak boleh bermain seperti biasa pada set kedua,” katanya.

Tambah jurulatih dari Indonesia itu, kaki anak anak didiknya itu sudah melecet sejak turun menentang seorang lagi wakil Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dalam pusingan ketiga, Khamis lalu.

Dalam saingan tersebut, Zii Jia enggan mengibarkan bendera putih dengan mudah apabila cuba bangkit mengejar, namun demi memastikan kecederaan itu tidak melarat, dia terpaksa menarik diri ketika keputusan 1-11.

Keadaan itu sekali gus membantutkan hasrat pemain berusia 23 tahun itu untuk memburu gelaran kedua musim ini selepas dia merangkul gelaran All England di Birmingham pada Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya