Kakak terkorban demi adik - Utusan Malaysia

Kakak terkorban demi adik

Siti Aliya Nasuha Mohd. Rosli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Niat remaja perempuan cuba menyelamatkan adiknya yang dihanyutkan air, berakhir tragedi apabila dia pula yang mati lemas ketika mandi-manda di Sungai Lachang, di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Siti Aliya Nasuha Mohd. Rosli, 13, dihanyutkan arus dan hilang ketika dia dikatakan terjun ke sungai kerana mahu menyelamatkan adiknya, Mohamad Akid Akmal, 11.

Mayat Siti Aliya Nasuha ditemukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas pada pukul 2.30 petang ini tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Bapanya, Mohd. Rosli Abdullah,40, berkata, ketika mereka mandi-manda, dia pada mulanya dikejutkan dengan jeritan Mohamad Akid yang meminta pertolongan kerana dihanyutkan arus sungai.

Mendengar jeritan itu, dia segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya.

“Ketika itu ada pemuda turut terjun dan menarik Mohamad Akid hingga ke tebing. Saya tidak sedar bila Siti Aliya Nasuha turut ikut terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas, di sini hari ini.

Katanya, dia sedih namun reda menerima kejadian itu dengan hati terbuka serta menganggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah SWT ke atas keluarganya.

“Sejak semalam lagi Mohamad Akid meminta saya membawanya bermain air di kawasan itu. Jadi saya bawalah dia bersama kakak dan dua lagi adiknya ke situ.

“Saya sudah berusaha pantau mereka, malah jarak saya dengan mereka ketika itu hanyalah satu meter,” ujarnya.

MAYAT Siti Aliya Nasuha Mohd. Rosli yang lemas di Sungai Lanchang, Pasir Mas pagi ini, ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang. – IHSAN BOMBA

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan dan berkata, kejadian itu bukan disebabkan banjir, sebaliknya mangsa ke lokasi tersebut untuk bermain air.

“Nasihat saya kepada orang ramai supaya sentiasa wasapada dan tidak bermain air di musim tengkujuh ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya