Kabinet Sarawak pasca Covid-19 Strategi Pembangunan 2030 - Ketua Menteri - Utusan Malaysia

Kabinet Sarawak pasca Covid-19 Strategi Pembangunan 2030 – Ketua Menteri

KETUA Menteri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak berkata, asas barisan Kabinet baharu yang beliau umumkan hari ini adalah berdasarkan pasca Covid-19 Strategi Pembangunan 2030, yang akan membangunkan Sarawak menjadi sebuah negeri berekonomi tinggi.

Tan Sri Abang Johari ketika mengumumkan barisan Kabinetnya yang terdiri daripada 10 orang menteri dan 26 menteri muda berkata, beliau berkeyakinan barisan Kabinet baharu itu adalah Kabinet yang berfungsi, kompeten, telus dan berintegriti serta menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan yang berkesan.

“Pasukan ini juga akan mengukuhkan status Perlembagaan Sarawak sebagai wilayah rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia, mengikut pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan dengan rujukan kepada MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan lampirannya,” katanya.

Selain itu katanya, barisan Kabinet baharu itu juga komited melaksanakan kesemua 34 perkara yang dijanjikan dalam manifesto PRN-12 untuk lima tahun akan datang yang menekankan kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Saya dan anggota Kabinet yang berpengalaman akan membimbing dan memupuk penyertaan pemimpin muda Sarawak dalam pentadbiran dan formulasi dasar rumusan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pembaharuan barisan Kabinet adalah untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin muda dan menambah yang penting komposisi anggota Kabinet diwakili wakil dari seluruh negeri untuk menyampaikan tahap perkhidmatan yang terbaik dan cekap kepada rakyat.

“Kami akan melaksanakan dasar ke arah era digital, pembangunan mapan, penyahkarbonan dan ekonomi baharu untuk memastikan kemakmuran ekonomi, sosial keterangkuman dan kelestarian alam sekitar.

“Semua ini, akan didorong oleh data dan inovasi,” jelasnya.

Abang Johari berkata, prestasi dan keberkesanan ahli Kabinet akan dinilai dan dianalisis menjelang suku pertama 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya