PETALING JAYA: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembentukan barisan Kabinet negeri baharu melibatkan 10 menteri dan 26 pembantu menteri hari ini.
Beliau menerajui tiga kementerian iaitu Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru; Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar; Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar manakala Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB); Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (PBB) dan Datuk Seri Prof. Dr. Sim Kui Hian (SUPP) bertindak sebagai Timbalan Ketua Menteri I, II dan III.
Abang Johari berkata, barisan Kabinet itu berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 yang membangunkan negeri itu ke arah berpendapatan tinggi pada tahun 2030.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu yang menang di Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, baru-baru ini berkata, beliau dan Kabinetnya akan membimbing dan memupuk penyertaan pemimpin muda Sarawak dalam pentadbiran serta dasar-dasar negeri.
“Saya yakin barisan Kabinet baharu ini adalah Kabinet yang berfungsi, dilengkapi dengan orang-orang yang cekap, telus dan berintegriti, menumpukan pada penyampaian perkhidmatan berkesan di samping mengekalkan struktur sistem yang kukuh.
“Pasukan ini juga menguatkan status Sarawak sebagai rakan kongsi di dalam Persekutuan Malaysia, selaras dalam pindaan Perkara 1(2) and Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan rujukan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan lampiran-lampirannya,” katanya dalam sidang akhbar khas di Wisma Bapa Malaysia disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), hari ini.
Berikut senarai kabinet baharu kerajaan negeri Sarawak:
MENTERI DI JABATAN KETUA MENTERI:
Menteri: Datuk John Sikie Tayai
Pembantu Menteri:
Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan)
Datuk Gerawat Gala (Pemantauan Projek, Buruh dan Imigresen)
Datuk Abdullah Saidol (Hal Ehwal Korporat, Maklumat dan UKAS)
Datuk Juanda Jaya (Ombudsman dan Integriti)
Jefferson Jamit Unyat (Undang-Undang Anak Negeri dan Adat)
KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI BARU:
Menteri: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Menteri II: Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN PEMBANGUNAN BANDAR:
Menteri: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Menteri II: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Pembantu Menteri: Datuk Len Talif Salleh
KEMENTERIAN TENAGA DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR
Menteri: Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Pembantu Menteri: Dr. Hazland Abang Hipni
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN PELABUHAN DAN INSFRASTRUKTUR
Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Pembantu Menteri I: Aidel Lariwoo
Pembantu Menteri II: Datuk Majang Renggi
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PELABURAN ANTARABANGSA
Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Pembantu Menteri: Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh
KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Datuk Seri Prof. Dr. Sim Kui Hian
Pembantu Menteri I: Datuk Dr. Penguang Manggil
Pembantu Menteri II: Michael Tiang Ming Tee
KEMENTERIAN PERTANIAN PEMODENAN DAN PEMBANGUNAN WILAYAH
Menteri: Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom
Pembantu Menteri I: Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail
Pembantu Menteri II: Martin Ben
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri: Datuk Seri Lee Kim Shin
Pembantu Menteri I: Datuk Dr. Jerip Susil
Pembantu Menteri II: Datuk Henry Harry Jinep
KEMENTERIAN TELEKOMUNIKASI DAN UTILITI
Menteri: Datuk Julaihi Narawai
Pembantu Menteri I: Datuk Liwan Ragang
Pembantu Menteri II: Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi
KEMENTERIAN PELANCONGAN, INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN
Menteri: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Pembantu Menteri I: Datuk Sebastian Ting Chiew Yew
Pembantu Menteri Ii: Dtauk Snowdan Lawan
KEMENTERIAN BELIA, SUKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Menteri: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Pembantu Menteri: Datuk Gerald Rentap Jabu
Pembantu Menteri II: Dr. Ripin Lamat
KEMENTERIAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI
Menteri: Datuk Seri Fatimah Abdullah
Pembantu Menteri I: Datuk Rosey Yunus
Pembantu Menteri II: Mohamad Razi Sitam
KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT
Menteri: Datuk Roland Sagah Wee Inn
Pembantu Menteri I: Dr. Annuar Rapa’ee
Pembantu Menteri II: Datuk Francis Harden Hollis
– UTUSAN ONLINE