Kabinet pulang selepas diarahkan - Utusan Malaysia

Kabinet pulang selepas diarahkan

KERATAN akhbar Utusan Malaysia Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Beberapa anggota Kabinet sudah pulang dari bercuti di luar negara selepas diarahkan pulang ke tanah air pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anggota menteri terbabit sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan keluar turun padang membantu rakyat terkesan banjir dalam masa terdekat. 

Beliau menjelaskan, menteri yang berada di luar negara pergi sebelum bencana banjir melanda negara pada minggu lalu.

“Bila suruh balik, ada dua tiga sudah balik tetapi mereka kena kuarantin dulu. Kita tak benar keluar lagi sebab bimbang sebar penyakit dan kena patuh prosedur operasi standar (SOP).

“Isnin atau Selasa akan bersama dengan khalayak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau adalah antara anggota Jemaah menteri yang mahu bercuti telah membuat keputusan membatalkan cuti.

Tambahnya, beliau mempunyai rancangan menunaikan umrah pada 1 Januari ini dan terpaksa dibatalkan kerana mahu memberi fokus kepada masalah bencana banjir melanda negara.

“Saya pun sudah ada rancangan nak ke luar negara pada 1 Januari tetapi saya batalkan dan tidak jadi pergi umrah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya