Jurang KPI menteri, realiti terlalu besar - Nurul Izzah - Utusan Malaysia

Jurang KPI menteri, realiti terlalu besar – Nurul Izzah

Nurul izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 100 hari Jemaah Menteri yang mencapai tahap 90 peratus dilihat terlalu besar jurangnya dengan realiti sebenar dialami rakyat. 

“Jika benar kerajaan hari ini mampu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang mereka sendiri nilaikan, mengapa Rang Undang-Undang (RUU) penting seperti Anti-Gangguan Seksual (RUU AGS) yang sepatutnya dibentang pada Disember ini bagi melindungi keselamatan wanita termasuk Akta Profesion Pekerja Sosial bagi mengupaya pekerja sosial dan kerja berkebajikan masih lagi tidak kedengaran?,” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Menurut Nurul Izzah, semasa negara dan rakyat berperang dengan pandemik, pekerja sosial menjadi tunjang kepada kebajikan sosial.

Katanya, ini termasuk bebanan yang turut dipikul rakyat menerusi gerakan #KitaJagaKita dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelamatkan ekonomi negara bersama. 

“Tambahan, Paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dijanji oleh Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengguna pakai PGK terbaru (RM2,208) bagi penurunan bantuan, akhirnya diturunkan, kita hanya menggunakan PGK makanan (RM1,169). 

“Dengan puluhan minggu sesi persekolahan ditutup dan kita tergolong antara sekumpulan negara yang paling lama menutup sekolah dan Program Sarapan Percuma (PSP) bagi semua murid-murid yang tidak diteruskan, layakkah prestasi dinilai pada 90 peratus?” soalnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya