Jumlah pesakit Covid-19 perlukan ABP terus menurun - Utusan Malaysia

Jumlah pesakit Covid-19 perlukan ABP terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan penurunan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan apabila merekodkan 179 kes berbanding semalam, 187 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut merekodkan penurunan apabila mencatatkan 329 kes berbanding semalam, 331 pesakit.

Bagi kes positif katanya, ia menunjukkan sedikit penurunan iaitu 3,510 kes berbanding semalam, 3,519 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 4,998 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 1.7 peratus bersamaan 59 kes daripada 3,510 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

“Bakinya, 3,451 kes bersamaan 98.3 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,094 kluster. 

“Sebanyak 231 kluster aktif manakala jumlah kluster tamat sebanyak 5,863 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 29 kes berbanding kelmarin, 57 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya