Jumlah mangsa banjir turun mendadak - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir turun mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan penurunan mendadak dengan merekodkan sebanyak 20,650 orang daripada 6,927 keluarga.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat 164 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Pahang masih mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir dengan 15,584 orang diikuti Selangor (4,643 mangsa), Kelantan (311 mangsa), Negeri Sembilan (83 mangsa) dan Melaka (29 mangsa).

Berbanding minggu lalu, jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencecah lebih 62,412 orang daripada 17,653 keluarga ditempatkan di 388 PPS yang membabitkan tujuh negeri. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya