Jumlah mangsa banjir seluruh negara menurun 64,506 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir seluruh negara menurun 64,506 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara setakat tengah hari tadi menurun kepada 64,506 orang berbanding 66,483 orang semalam.

Statistik itu diperoleh menerusi Laporan Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara dikeluarkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA berkata, jumlah mangsa banjir itu membabitkan tujuh negeri iaitu di Pahang dengan 32,995 orang diikuti Selangor (28,180), Kelantan (2,505), Negeri Sembilan (329), Perak (268), Melaka (165) dan Kuala Lumpur (64).

Menurutnya, jumlah itu membabitkan 14,930 keluarga dengan bilangan keseluruhan PPS sebanyak 389.

“Antara lokasi yang masih terjejas banjir termasuk Bera, Jerantut, Maran, Raub, Pekan, Temerloh, di Pahang dan Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat di Selangor. Selain itu, sebanyak 83 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas akibat banjir membabitkan banjir kilat, banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak,” katanya.

Sementara itu, NADMA memaklumkan, paras air di beberapa sungai di tiga negeri berada pada tahap bahaya setakat pukul 12 tengah hari tadi berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya