Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat, satu lagi PPS dibuka - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat, satu lagi PPS dibuka

ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Bandaran Teluk Intan semalam. - UTUSAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan terus meningkat kepada 203 orang daripada 54 keluarga sehingga pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib melibatkan 140 penduduk dan Dewan Bandaran Teluk Intan dengan 63 penduduk.

“Mangsa banjir yang berada di PPS SMK Abdul Rahman Talib merupakan penduduk dari Batu 7, Jalan Changkat Jong; Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Kampung Batu 8, Lorong Kedah; Kampung Baru Batu 8; Kampung Batu 9 dan Kampung Batu 10.

“PPS Dewan Bandaran Teluk Intan yang baharu dibuka pukul 9 malam tadi pula menempatkan penduduk dari Batu 7 1/2, Lorong Mesra; Batu 9 Changkat Jong; Batu 10 Jalan Bidor dan Batu 15, Kampung Ayer Itam,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya