Jumlah mangsa banjir bawah 40,000 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir bawah 40,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan dengan 37,305 orang setakat pukul 9 pagi ini. 

Menurut info bencana aplikasi dalam talian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu merangkumi 10,945 keluarga di 233 PPS di lima negeri. 

Jumlah mangsa banjir di Pahang kekal mencatatkan tertinggi dengan 19,864 orang terdiri daripada 6,027 keluarga di 137 PPS. 

Selangor pula merekodkan sejumlah 16,579 mangsa yang terdiri daripada 4,647 keluarga di 86 PPS diikuti Kelantan dengan 681 orang daripada 218 keluarga di lima PPS yang dibuka. 

Selain itu, seramai 152 mangsa direkodkan di Negeri Sembilan yang terdiri daripada 44 orang di empat PPS diikuti Melaka dengan 29 mangsa daripada sembilan keluarga di sebuah PPS. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya