PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan satu lagi kes mangsa korban banjir.
Pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan memakmumkan, ia menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 47 kematian, setakat pukul 6 pagi tadi.
“Daripada jumlah itu, 25 kematian adalah di Selangor, Pahang (19) dan Kelantan (tiga).
“Selain itu, lima mangsa dilaporkan hilang di Pahang,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE