JPS diarah bersihkan sistem perparitan - Utusan Malaysia

JPS diarah bersihkan sistem perparitan

JEFFREY Kitingan (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kakitangan semasa Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan kerja-kerja pembersihan parit bagi memastikan tiada saliran yang tersumbat apabila hujan berterusan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, ia sebahagian daripada langkah persediaan menghadapi banjir susulan hujan berterusan yang diramalkan di Sabah.

Beliau memberi peringatan kepada semua pihak yang tinggal berhampiran kawasan tebing sungai dan kawasan rendah yang terdedah kepada risiko banjir supaya sentiasa bersiap sedia.

Jika perlu, pindahkan barangan penting di tempat selamat dan mereka juga perlu berpindah ke tempat yang selamat jika paras air sungai semakin tinggi.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan juga telah memastikan keperluan bekalan makanan untuk penempatan mangsa banjir mencukupi.

“Tidak payah risau kerana makanan cukup, minuman juga cukup begitu juga tempat pemindahan apabila banjir berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan 2020-2021, hari ini.

Menteri Pertanian dan Perikanan ini turut memberi jaminan aspek keselamatan juga akan diberi perhatian semasa berhadapan banjir kerana pandemik Covid-19 masih berada dalam kalangan masyarakat.

Dalam majlis itu, seramai 48 kakitangan kementerian berkenaan menerima sijil penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya