JPJ tawar gantian percuma dokumen penting buat mangsa banjir - Utusan Malaysia

JPJ tawar gantian percuma dokumen penting buat mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan penggantian dokumen-dokumen penting jabatan itu secara percuma terhadap mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda negara ini.

Menurut JPJ, keputusan itu dibuat berikutan jabatan itu  prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di beberapa kawasan dan negeri di Malaysia.

“Sehubungan itu, JPJ melaksanakan inisiatif touch point terhadap semua mangsa banjir di lokaliti terlibat seluruh negara, yang telah kehilangan atau kerosakan dokumen-dokumen penting JPJ seperti Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Kenderaan Motor (LKM), atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) secara percuma.

“Untuk itu, pemilik dokumen perlu hadir sendiri dengan mengemukakan dokumen asal yang telah rosak di mana-mana kaunter pejabat JPJ bagi mendapatkan salinan gantian yang baharu.

“Dokumen yang telah musnah atau hilang, pemilik hendaklah mengemukakan salinan laporan polis atau Borang Pendaftaran Mangsa Bencana (Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) dan mengemukakannya sebagai bukti kehilangan bagi mendapatkan dokumen gantian yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPJ menambah, seiring dengan situasi bencana banjir yang berlaku ini juga, pihaknya mengambil pendekatan untuk memberikan kelonggaran dari segi pemantauan, pematuhan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan perdagangan atau persendirian yang terlibat dalam operasi menyelamat dan membawa bekalan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sehingga bencana ini terkawal sepenuhnya.

“Bagi menyokong aspirasi Keluarga Malaysia juga, pihak JPJ di seluruh negara telah, sedang dan akan berada dalam bersiap siaga di dalam menghulurkan apa-apa juga bentuk bantuan, sama ada dalam bentuk tenaga manusia atau seumpamanya dalam mengatur gerak aset-aset JPJ di lapangan.

“ JPJ dan seluruh warga kerjayanya mendoakan agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan jua,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya