JPJ siasat iklan tawar lesen memandu tidak sah di media sosial - Utusan Malaysia

JPJ siasat iklan tawar lesen memandu tidak sah di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Bahagian Pelesenan Memandu menerima laporan berkaitan pengiklanan mendapatkan lesen memandu secara tidak sah di media sosial.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan, menerusi iklan itu, individu berkenaan mendakwa menjadi ejen tempatan untuk membantu urusan mendapatkan lesen memandu tanpa perlu ke JPJ dan hanya memerlukan permit kerja (bagi warga asing).

Menurutnya, jabatan berkenaan cuba menghubungi individu itu namun gagal dan mendapati akaun media sosial yang didaftarkan adalah sebagai akaun Syarikat Vehicle Motor Company.

“JPJ memandang serius terhadap berita palsu yang tular tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk membuat laporan polis, ” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya