Johor jadikan masjid penempatan sementara banjir jika perlu

Johor jadikan masjid penempatan sementara banjir jika perlu

ZAITON Ismail (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada seorang penerima pada majlis Anugerah Kecemerlangan Kemas di Johor Bahru, hari ini. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri bersedia untuk menjadikan pusat ibadat termasuk masjid sebagai pusat penempatan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir sekiranya diperlukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, langkah itu akan diambil sekiranya PPS yang dibuka tidak mencukupi untuk menampung jumlah mangsa.

Katanya, bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri khususnya di Selangor ketika ini telah meningkatkan tahap waspada kerajaan Johor.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor telah berada dalam tahap siap siaga untuk menghadapi banjir dengan memasuki tempoh hujung tahun di mana musim tengkujuh kerap berlaku.

“Kami mempunyai bekalan keperluan asas mencukupi, termasuklah makanan kering, tuala dan lain-lain untuk menghadapi bencana banjir atau lain-lain bencana,” katanya selepas menghadiri program Anugerah Kecemerlangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini hari ini.

Tambah Zaiton, kesemua kakitangan JKM Johor telah diminta untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di mana-mana daerah seluruh negeri ini.

“Selain itu, orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan turut membuat persiapan khususnya bagi mereka yang menetap di kawasan kerap berlaku banjir.

“Simpan barangan peribadi di tempat yang selamat, selain itu mereka juga dinasihatkan untuk menyimpan sedikit bekalan makanan sekiranya perlu,” ujarnya.

Beliau turut meminta rakyat negeri ini agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Tahun lalu, bencana banjir berlaku di beberapa daerah di negeri ini yang bermula penghujung Disember dan berlarutan sehingga ke awal Januari, beberapa PPS dibuka bagi menempatkan ribuan penduduk yang terjejas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya