Jenjarom dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Jenjarom dilanda banjir kilat

SEORANG anggota bomba membuat pemantauan banjir kilat di Taman Jaromas Jenjarom di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan banjir melanda kawasan di Taman Jaroman, Kampung Jenjarom, di sini hari ini.

Hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di Jenjarom.

Menurut Pengarahnya, Norazam Khamis, hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba Teluk Panglima Garang dikerah untuk memantau keadaan di sana.

“Kawasan Taman Jaromas di  dilanda banjir kilat masih terkawal. Air yang melimpah tidak masuk ke rumah penduduk.Hasil pemantauan pihak kami air masih di paras lutut di jalan keluar masuk taman.

“Di dalam kawasan taman di paras buku lali, walau bagaimanapun tiada pemindahan mangsa buat masa sekarang dan langkah berjaga-jaga dimaklumkan kepada penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat pukul 8 malam tadi difahamkan hujan masih renyai-renyai di kawasan tersebut.

Terdahulu, tular sebuah video dalam media sosial memaparkan kejadian banjir di kawasan deretan kedai berhampiran pasar raya Lotus’s dan Exonsave.

Video berdurasi 10 saat itu dikongsikan menerusi Facebook Jenjarom Community yang menunjukkan limpahan air dari longkang sekitar pada paras kurang satu kaki.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya