Jemaah umrah 'naik angin' depan KJ semasa menunggu - Utusan Malaysia

Jemaah umrah ‘naik angin’ depan KJ semasa menunggu

TANGKAP layar klip video dimuat naik Zulkifli Mohamed menerusi aplikasi TikTok memaparkan Khairy Jamaludin mengunjungi KLIA bagi melihat proses pemakaian gelang penjejak kepada jemaah umrah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses pemakaian alat penjejak oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas mereka yang mengunjungi negara luar dan menjalankan kuarantin di rumah mengambil masa terlalu lama menyebabkan jemaah umrah yang baru tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari tanah suci, ‘naik angin’.

Kejadian itu tular menerusi klip rakaman yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh Zulkifli Mohamed yang memaparkan sekumpulan jemaah umrah terpaksa berhimpit di dalam ruang kecil dan tanpa penjarakan sosial bagi tujuan tersebut.

Di dalam klip video turut memaparkan kelibat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama beberapa kakitangan KKM menyaksikan suasana dan perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaian alat penjejak itu.

KLIP video memaparkan jemaah umrah yang tiba di KLIA dari tanah suci meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan proses pemakaian alat penjejak yang mengambil masa terlalu lama. -TikTok Zulkifli Mohamed

 

Menurut Zulkifli, situasi tersebut terjadi selepas kumpulan jemaah umrah tiba di KLIA daripada tanah suci dan terpaksa menunggu selama lima jam bagi menyelesaikan proses pemakaian gelang tangan tersebut.

Namun apa yang membuat jemaah lebih geram adalah sebaik sahaja pemakaian gelang itu selesai, Khairy dikatakan  membuat pengumuman pembatalan pemakaian alat tersebut.

“Siap sahaja pakai, KJ (Khairy) umum pemakaian jam penjejak ni dibatalkan serta merta dan ditukarkan kembali kepada gelang merah jambu dahulu,” luah Zulkifli di ruangan komen TikTok.

Sementara itu, rata-rata netizen mempertikai proses pemakaian gelang penjejak sehingga membazir waktu jemaah dan menganggap pemakaian alat tersebut adalah pembaziran serta memohon KKM melakukan semakan semula.

“Buat benda tak ada perancangan dan kajian, macam ni la jadinya. Buang duit sahaja,” komen kalabul_malami.

“Pakai alat penjejak ni bagus disebabkan ada perangai segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Cuma perlu diperbaiki dari segi percepat proses pemakaian dan urusan yang balik dari luar negara,” komen sitimariyamida. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya