Jauhi sungai, pantai walaupun tidak hujan - Polis - Utusan Malaysia

Jauhi sungai, pantai walaupun tidak hujan – Polis

ROHAIMI Md. Isa (dua, dari kanan) menyampaikan sijil pelantikan kepada seorang Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pantai dan sungai walaupun keadaan cuaca baik serta tidak hujan.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sepanjang musim tengkujuh ini arus air lebih deras di samping ombak kuat berbanding kebiasaan sekali gus berisiko meragut nyawa jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Setiap tahun, ada sahaja yang menjadi mangsa banjir, jadi kita minta ibu bapa mengawasi pergerakan ahli keluarga termasuk mengelakkan riadah atau jalan-jalan di sungai atau pantai.

“Walaupun kawasan itu sudah biasa dikunjungi, namun tetap berbahaya untuk sebarang aktiviti terutama pada musim tengkujuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Seramai 328 pelajar UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun menerima sijil lantikan masing-masing selepas berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.

Dalam perkembangan sama, menurut Rohaimi, seramai 997 pegawai dan anggotanya terlibat dalam penugasan banjir kali ini bagi membantu penduduk yang terjejas di seluruh negeri.

Malah katanya, pelbagai aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk 39 bot dan 215 kenderaan darat sedia digerakkan dalam bencana itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya