Jasa Penang FC tetap dikenang - Awang - Utusan Malaysia

Jasa Penang FC tetap dikenang – Awang

PENGHIJRAHAN Awang ke kelab negeri asalnya itu pada musim baharu sememangnya satu peluang keemasan yang paling dinantikan selama ini.- IHSAN PENANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Biarpun sudah berpindah ke Kedah Darul Aman, namun jasa bekas majikan, Penang FC setelah tiga musim bersama akan sentiasa tersemat di dalam sanubari Al-Hafiz Harun.

Pemain sayap itu berkata, dia terhutang budi terhadap skuad Harimau Kumbang kerana telah memberinya peluang menonjolkan bakat, sekali gus menaikkan namanya dalam kancah bola sepak profesional.

Pemain kelahiran Sik, Kedah itu berkata, kenangan ketika beraksi dengan Penang FC telah mengutip banyak pengalaman berharga menyaksikan kelab itu mampu berada di kelompok ketiga teratas Liga Super 2021.

“Impian sejak kecil kini sudah menjadi kenyataan. Saya tidak akan melupakan saat beraksi dengan pasukan Penang FC yang menaikkan nama saya di persada bola sepak tanah air. 

“Kepulangan saya ke negeri sendiri atas banyak faktor termasuk keadaan kesihatan ibu yang  mengalami tanda awal masalah jantung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. 

AL-HAFIZ HARUN

Al-Hafiz atau lebih mesra disapa Awang berkata, dia nekad mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan musim depan bersama skuad Hijau Kuning.

“Saya nak timba pengalaman lebih manis dan menonjol serta menjadi pemain terbaik sepanjang beraksi dengan pasukan negeri kelahiran sendiri. 

“Impikan kemenangan serta julang piala untuk pasukan negeri sendiri sudah terbuku sejak dari kecil lagi. Alhamdulillah  hari ini segalanya menjadi kenyataan, saya akhirnya pulang ke tempat asal,” tambahnya.

Selain Awang, tiga lagi bekas pemain Penang FC turut dipikat Kedah iaitu  Amer Azahar, Azmeer Aris dan Khairu Azrin Khazali. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya