JAS Pulau Pinang terima 1,053 aduan kesalahan alam sekitar sepanjang tahun ini - Utusan Malaysia

JAS Pulau Pinang terima 1,053 aduan kesalahan alam sekitar sepanjang tahun ini

SHARIFAH ZAKIAH Syed Sahab (kanan) pada majlis Eco Night for Eco Knights' yang diadakan bagi meraikan rakan strategik JAS Pulau Pinang termasuk NGO dan media di Georgetown, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebanyak 1,053 aduan berkaitan kesalahan alam sekitar yang diterima daripada orang awam sepanjang tahun ini. 

Menurut Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab, sepanjang tempoh sama pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 322 notis arahan di bawah Seksyen 31 & 37 serta 1,194 kompaun berjumlah RM2.2 juta. 

Selain itu kata beliau, sebanyak 10 kertas siasatan (IP) untuk pendakwaan di mahkamah turut dibuka manakala masing-masing satu tindakan penggantungan lesen dan perintah larangan turut diambil sepanjang tempoh sama. 

“JAS Pulau Pinang sentiasa komited dalam meyiasat aduan-aduan berkaitan bidang kuasa di bawah Akta 127 terutama berkaitan pembakaran terbuka, kawalan pencemaran udara dan efluen dari industri serta buangan bahan terjadual,” katanya. 

Beliau berucap pada program Eco Night for Eco Knights yang diadakan bagi meraikan rakan strategik JAS Pulau Pinang termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media di sini malam tadi. 

Dalam pada itu Sharifah Zakiah berkata, walaupun Pulau Pinang merupakan negeri yang kecil, namun negeri itu merupakan yang tertinggi dari segi bilangan premis industri. 

Situasi itu jelas beliau, menjadikan isu penguatkuasaan yang dihadapi JAS Pulau Pinang lebih mencabar apatah lagi dengan bilangan anggota penguatkuasaan yang terhad. 

Dalam masa sama katanya, kesalahan-kesalahan alam sekitar turut berlaku disebabkan ketiadaan orang yang berwibawa dalam memahami kehendak perundangan serta menyelia pelaksanaan elemen-elemen pematuhan pengurusan buangan terjadual dan kawalan pencemaran di premis. 

“Sehubungan itu bagi tahun 2022, JAS Pulau Pinang telah merancang beberapa latihan dan seminar untuk industri dan pemaju-pemaju projek pembangunan khususnya yang tertakluk kepada penilaian kesan impak alam sekitar (EIA). 

“Pembangunan kini perlu melihat kepada aspek pencegahan serta perancangan yang betul untuk meminimumkan impak pembangunan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya