PETALING JAYA: Sebanyak 2,778 kes harian Covid-19 dilaporkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding 3,160 kes yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,741,179 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covid Now https://covidnow.moh.gov.my. Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE