"Jangan takut untuk laporkan” - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

“Jangan takut untuk laporkan” – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sharnaaz Ahmad menasihatkan kepada semua mangsa keganasan rumah tangga agar tampil membuat aduan demi keselamatan mereka.

Kata Sharnaaz, masalah tersebut akan menjadi lebih parah sekiranya mangsa berdiam diri dan tidak mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga mereka.

“Jangan takut untuk laporkan sekiranya berlaku keganasan dalam rumah tangga anda.

“Terus buat aduan kepada pihak berwajib dan dapatkan khidmat nasihat segera,” nasihatnya.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu keganasan rumah tangga yang semakin berleluasa kini.

Isu berkenaan menjadi antara elemen yang diketengahkan dalam drama terbaru lakonannya, I Promise Janji Anaqi yang ditayangkan di Astro Ria.

Tambah Sharnaaz, keganasan rumah tangga tidak mendiskriminasi jantina. Katanya, mangsa terdiri daripada lelaki dan perempuan.

“Lelaki perempuan kena. Ia bermula kecil. Lama kelamaan menjadi besar, sampai sukar untuk dikawal.

“Kalau berlaku, kena cepat-cepat tutup. Jangan biarkan melarat. Hari ini pelaku bagi tangan, esok kaki lusa dia cekik mangsa.

“Jadi jangan diamkan. Tutup awal,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya