Jangan prejudis golongan migran - Utusan Malaysia

Jangan prejudis golongan migran

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengesa orang ramai supaya tidak prejudis terhadap golongan migran kerana sikap tersebut boleh menjejaskan peranan semua pihak untuk mendapat peluang sama rata.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sikap prejudis tidak sepatutnya berlaku kerana setiap individu itu adalah sama di sisi undang-undang seperti Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

“Justeru, kempen dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersempena pada Hari Migran pada hari ini harus disambut baik dalam menggalakkan lagi badan badan lain menyertai dalam usaha untuk membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, adil dan berdaya saing. 

“Ini adalah sejajar dengan misi MHO yang komited memperjuangkan hak-hak asasi manusia melalui aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan bagi membantu semua pihak terutamanya warga asing dalam aspek program kemanusiaan, khidmat guaman serta program kesihatan termasuklah program vaksinasi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hishamuddin berkata, MHO juga berharap pihak kerajaan Malaysia supaya pada tahun dapat melaksanakan beberapa dasar baru yang lebih berperikemanusiaan terhadap golongan migran termasuk yang sah atau tanpa izin kerana akhirnya mereka juga manusia dan tidak memilih untuk menjadi migran.

Katanya, berjuta-juta migran termasuk wanita dan kanak-kanak, terus ditahan, ditangkap serta dipenjarakan di seluruh dunia hanya kerana status mereka.

“Pakar hak asasi manusia bebas oleh itu menggesa negara anggota untuk akhirnya menamatkan amalan ini, dan segera menghentikan penahanan kanak-kanak migran dengan mereka tidak sepatutnya dilayan sebagai penjenayah semata-mata kerana kesalahan melintasi sempadan atau kekurangan dokumentasi yang betul. 

“Perkara ini berlaku di seluruh dunia tambahan di Malaysia juga terdapat masalah individu yang tidak mempunyai  kerakyatan ataupun stateless adalah terlalu ramai dan sebilangan besar daripada mereka juga ditahan di kem tahanan imigresen,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya