Jangan berkumpul, pesta sambut ambang 2022 - Utusan Malaysia

Jangan berkumpul, pesta sambut ambang 2022

MUSTAPA Mohamed (kanan) dan Shafien Mamat memberi nasihat serta kata-kata semangat kepada mangsa banjir di PPS SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Polis akan membuat pemantauan rapi di bandar-bandar besar di seluruh negeri ini bagi memastikan tiada sebarang penganjuran program atau majlis sambutan ambang tahun baru, malam ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, antara lokasi panas dikenal pasti sering menjadi tumpuan ramai pada musim perayaan ialah sekitar Tambatan Diraja dan Kubang kerian di Kota Bharu.

Tegas beliau, Kelantan masih dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan sebarang aktiviti berkumpul adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semua Ketua Polis Daerah termasuk bahagian trafik diarahkan menjalankan pemeriksaan di kawasan masing-masing, termasuk memantau aktiviti kumpulan basikal lajak dan skuter elektrik pada malam ini. 

“Jika ada sesiapa yang didapati melanggar SOP, kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas di sini hari ini.

Turut hadir menyantuni mangsa banjir di PPS tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed

Dalam perkembangan lain, Shafien memberitahu polis menyediakan kaunter bergerak di kawasan yang dilanda banjir bagi memudahkan mangsa membuat laporan polis berhubung kes jenayah tanpa perlu ke mana-mana balai terdekat.

“Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kes kecurian melibatkan rumah mangsa banjir di Kelantan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya