Jangan bakar longgokan sampah barangan banjir - Utusan Malaysia

Jangan bakar longgokan sampah barangan banjir

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran sampah barangan banjir supaya tidak merebak di Taman Cempaka Sari, Bukit Raja, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutama membabitkan perabot dan pakaian yang rosak akibat banjir.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memberitahu Utusan Malaysia, tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan kebakaran tidak terkawal sehingga membahayakan penduduk kawasan terlibat.

Malah, kata beliau, pembakaran tersebut juga menyebabkan pencemaran udara.

“Orang ramai yang berada di kawasan terjejas akibat banjir tidak digalakkan membakar longgokan sampah barangan mereka yang rosak,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di Taman Cempaka Sari, Bukit Raja mendapati, ada penduduk di kawasan terlibat mula membakar longgokan sampah yang dikumpulkan.

Tindakan itu dilakukan susulan lambakan barangan seperti perabot yang telah rosak diletakkan di tepi-tepi jalan utama susulan tiada pembersihan dilakukan oleh mana-mana pihak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya