SHAH ALAM: Sebanyak 67 jalan dan lorong di Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Sepang dan sekitar Kuala Langat ditutup sehingga pukul 4 petang hari ini apabila air masih lagi melimpah laluan berkenaan akibat hujan lebat sejak kelmarin.
Jumlah jalan yang ditutup itu terus meningkat berbanding pukul 10 pagi tadi apabila 50 laluan ditutup dan terdapat laluan-laluan yang masih belum boleh dilalui berikutan banjir walaupun beberapa kawasan dilaporkan tidak lagi hujan.
Laluan berkenaan termasuk lorong motosikal di persimpangan menghala ke Lapangan Terbang Subang dari Lebuhraya Persekutuan ditutup dan tidak boleh dilepasi sebarang kenderaan.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam satu makluman memberitahu, perkembangan penutupan jalan akibat banjir dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan tersebut yang disenaraikan seperti berikut:
1.IPD Petaling Jaya (1)
1.1) U-turn keluar dari Airport Subang menghala ke Bulatan Airport
2.IPD Klang Utara(9)
2.1) Lebuhraya Shahpadu
2.2) Jalan Haji Sirat Menghala Kapar
2.3) Persimpangan Jalan Meru
2.4) Persiaran Sg Keramat
2.5) Batu 4 Jalan Kapar
2.6) Grand Shahpadu Tol Rantau Panjang
2.7) Jalan Meru Setia Alam Klang Central
2.8) Jalan Inang 5 Bukit Raja
2.9) Jalan Bukit Kapar
3.IPD Sg Buloh(2)
3.1) Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam Berdekatan Dengan Lampu Isyarat
3.2) Jalan Bukit Cerakah Desa Coal Field Menghala Alam Jaya
4.IPD Subang Jaya (5)
4.1) Lebuhraya LDP Batu 13
4.2) Bulatan Puchong Permai
4.3) Jalan jurutera
4.4) Persiaran Puchong Prima
4.5) Persiaran Puchong Permai
5.IPD Kuala Langat (27)
5.1) Jalan Sukepi
5.2) Jalan Kg Jenjarom
5.3) Jalan Bkt Komandol
5.4) Jalan Rimbayu
5.5) Jalan Masjid Bt. 9
5.6) Jalan Garuda
5.7) Jalan Kasawari
5.8) Jalan Tiong
5.9) Jalan Jalak
5.10) Jalan Murai
5.11) Jalan Merak
5.12) Jalan Perepat
5.13) Jalan Prupuk
5.14) Jalan Makmur
5.15) Jalan Mikon
5.16) Jalan Ibrahim
5.17) Jalan Kuntoni
5.18) Jalan Borhan
5.19) Jalan Bkt Serdang
5.20) Jalan Perak Kiri
5.21) Jalan Sentosa
5.22) Jalan RRB
5.23) Jalan RTB
5.24) Jalan Pinggir Dua
5.25) Jalan Pak Rashid
5.26) Jalan Rantau Panjang
5.27) Jalan Wak Iman
6.IPD Sepang (5)
6.1) Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi
6.2) Jalan Kota Warisan/BBST
6.3) Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi.
6.4) Jalan Salak/Sepang
6.5) Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid)
7.IPD Shah Alam (8)
7.1) Jalan Kota Kemuning Lebuhraya KESAS
7.2) Jalan Ke Pasar Tani Shah Alam
7.2) Jalan HICOM
7.4) Persiaran Jubli Perak Sek 19
7.5) Lebuhraya LKA Dari Arah Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda
7.6) KM 8.5 NKVE
7.7) Jalan Bukit Kemuning Dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda
7.8) Lebuhraya Elite Kedua Arah
8.IPD Klang Selatan (10)
8.1) Jalan Raja Nong Klang
8.2) Jalan Teluk Pulai
8.3) Jalan Kampung Delek
8.4) Jalan Teluk Gong
8.5) Jalan Sungai Jati
8.6) Jalan Perigi Nenas
8.7) Jalan Johan Setia
8.8) Jalan Selat Damai
8.9) Jalan Kampung Pandan
8.10) Jalan Kg Nelayan Teluk Gong