Jalan Seremban-Simpang Pertang ditutup bermula hari ini akibat tanah runtuh - Utusan Malaysia

Jalan Seremban-Simpang Pertang ditutup bermula hari ini akibat tanah runtuh

KEJADIAN tanah runtuh berdekatan Bukit Tangga yang menyebabkan terhalang sejak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Seremban akan menutup Laluan FT 086 Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi kepada pengguna jalan raya.

JKR Daerah Seremban dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya akan menutup laluan berkenaan berikutan tanah runtuh di kawasan itu.

“Penutupan Jalan Persekutuan secara sementara bagi laluan keluar dan masuk bermula hari ini (19 Disember) sehingga dimaklumkan kelak.

“Kerja-kerja kecemasan melibatkan bencana tanah runtuh sedang giat dilaksanakan di tapak dan penutupan jalan secara sementara pada masa yang ditetapkan adalah perlu demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan tersebut di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya