PETALING JAYA: Paras air di Jalan Dabong-Jeli berhampiran JPJ Kuala Balah dinaiki air setinggi 1 meter pagi ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli, kejadian pada pukul 8.30 pagi itu melibatkan kawasan sepanjang 800 meter.
Untuk itu, laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan dan tiada jalan alternatif.
Catatan JKR, para air bertahan dan papan tanda amaran telah dipasang di lokasi kejadian.