Jakim terima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 - Utusan Malaysia

Jakim terima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021

JAKIM menerima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 For Strategic Business Alliance buat kali ketiga selepas terpilih sebagai penerima anugerah tersebut pada 2018 dan 2019. 

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, anugerah itu diterima semalam daripada badan bebas selain kerajaan yang mengiktiraf Jakim selaku satu jenama atau institusi dilihat menepati ciri-ciri berdiri teguh, mengekalkan kejayaan jenama dan kepimpinan jenama.

“World Brands Foundation (TWBF) selaku penganjur  memilih Jakim sebagai penerima anugerah ini buat kali ketiga setelah menerima anugerah yang sama pada tahun 2018 dan 2019. 

“Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan Jakim membangunkan strategi baharu untuk memenuhi keadaan persekitaran perniagaan semasa walaupun dalam masa-masa sukar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, pengiktirafan ini antara lain dapat mengukuhkan lagi nama Jakim dalam pasaran halal selain mendorong industri yang memiliki pensijilan halal untuk melonjak jenama mereka di pasaran halal yang kompetitif. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya