Jakim seru masjid, surau adakan solat hajat khusus selepas solat Maghrib malam ini - Utusan Malaysia

Jakim seru masjid, surau adakan solat hajat khusus selepas solat Maghrib malam ini

KEADAAN banjir di Jalan Meru, Klang. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru semua pengurusan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan mengadakan solat hajat khusus selepas solat Maghrib malam ini bagi mendoakan agar situasi bencana banjir di seluruh negara segera pulih.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengarahkan Jakim untuk mengadakan solat hajat itu.

Beliau berkata, solat hajat akan diadakan selepas solat Maghrib pada malam ini melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Kami juga memohon kerjasama dan jasa baik majlis dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan solat hajat di masjid dan surau bagi tujuan yang sama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, menteri juga meminta Jakim supaya masjid-masjid utama terus cakna dengan mangsa banjir dan sentiasa bersedia dijadikan pusat penempatan mangsa banjir sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya