JAIPk kutip lebih RM300,000 bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

JAIPk kutip lebih RM300,000 bantu mangsa banjir

MOHD. YUSOP HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kutipan lebih RM300,000 bagi membantu mangsa banjir dikumpul hasil sumbangan jemaah di seluruh masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, jumlah tersebut hasil kutipan sehari pada Jumaat lalu membabitkan 622 masjid dan 63 surau diri Jumaat.

Katanya, hasil sumbangan awal akan diserahkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Perak iaitu di Changkat Jong dan Padang Rengas.

“Kutipan sehingga semalam mencecah RM306,000.  Jumlah ini belum merangkumi semua kerana masih ada masjid dan surau yang belum selesai membuat serahan. Insya-Allah, akan ada lagi serahan oleh pihak masjid dan surau diri Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

JAIPk melalui satu notis dikeluarkan 22 Disember lalu meminta supaya masjid dan surau diri Jumaat di seluruh negeri menyediakan tabung khas pada Jumaat lalu bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya