Jadikan Johor destinasi mesra pelabur - Hasni Mohamad

Jadikan Johor destinasi mesra pelabur

HASNI Mohammad (belakang, dua dari kanan) menyaksikan majlis menandatangani Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di Pekan Nanas Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Johor akan terus menjadi pilihan pelabur sekiranya semua pihak dapat menjalinkan kerjasama yang baik serta membantu memudah cara proses kemasukan mereka ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kehadiran mereka penting bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi setelah dunia menerima kesan daripada pandemik Covid-19 sebelum ini.

Katanya, dalam iklim pelaburan yang semakin kompetitif dan mempunyai banyak persaingan, pelabur mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan syarikat sekiranya kita gagal untuk menyakinkan mereka.

“Kerajaan negeri seharusnya menggunakan sebaik-baiknya potensi yang ada termasuk kedudukan yang strategik kerana berjiran dengan Singapura sebagai sebuah negara yang maju dan berjaya.

“Kita akan terus menjadikan Johor sebagai pilihan pelabur kerana kita merupakan negeri yang begitu unik dan strategik, berjiran dengan sebuah negara yang maju dan jauh ke hadapan daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di Pekan Nanas, di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif Tropicana Corporation Berhad, Lee Han Ming dan Pegawai Daerah Pontian, Mohd. Rafi Abdullah.

Sementara itu, ujar Hasni, prosedur yang menyukarkan para pelabur untuk membuat pelaburan di Johor perlu ditambah baik supaya mereka gembira untuk menjalankan urusan di sini.

“Mengekalkan yang sedia ada tidak cukup baik, kita perlukan lebih banyak pelaburan datang ke negara kita, memudah cara juga merupakan salah satu kepentingan supaya dalam tata kelola kita yang diperkenalkan,” ujarnya.

Jelas beliau, dengan adanya tata kelola yang diperkenalkan akan membolehkan pelabur meningkatkan keyakinan kepada negara seterusnya membawa masuk pelaburan mereka ke Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya