KUALA LUMPUR: Pelakon, Badrul Muhayat, 53, menafikan dakwaan bekas isterinya, Julia Daud konon dia memecah masuk dan melarikan dua orang anaknya baru-baru ini.
Badrul ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, semua dakwaan itu adalah fitnah dan meminta ruang untuk menjelaskan perkara tersebut kepada umum.
“Semua itu fitnah, tidak benar. Tapi itu sahaja saya boleh cakap.
“Perkara itu benda bodoh, tak benar. Nanti saya akan jelaskan bila selesai semua ini,” katanya.
Kelmarin bekas isteri Badrul, Julia Daud, 40, memohon agar dua anaknya, yang kini dipercayai berada bersama pelakon tersebut segera dikembalikan kepadanya.
Kata Julia, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan, cukup sekadar anak-anaknya pulang ke pangkuannya.
Beberapa hari lepas, Julia mendakwa Badrul cuba melarikan anak-anak mereka.
Selain itu, dia juga mengesyaki Badrul cuba memecah masuk kediamannya di Hulu Bernam untuk melarikan pakaian dan kelengkapan sekolah anak-anaknya.
Dalam pada itu, Badrul juga mendakwa Julia sebagai ‘penipu’ selepas bekas isterinya mendakwa anak-anak yang dipercayai dilarikan itu mahu pulang segera ke pangkuannya.
“Penipu,” jawabnya.
Badrul dan Julia bercerai pada 2010. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Delisha, 14 dan Badrul Hidayat, 11 tahun.