Istiadat konvokesyen IPG 2020, 2021 secara bersemuka dijadual 27-31 Mac 2022 - Utusan Malaysia

Istiadat konvokesyen IPG 2020, 2021 secara bersemuka dijadual 27-31 Mac 2022

MOHD. RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan ,Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM Kali ke-11 Tahun 2022 diadakan secara bersemuka dari 27 hingga 31 Mac 2022.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, istiadat konvokesyen itu melibatkan semua graduan IPG bagi tahun 2020 dan 2021 seramai 8,799 orang.

“Perincian lanjut mengenai konvokesyen tersebut akan dimakiumkan kepada semua graduan terlibat dalam tempoh terdekat.

“Pada masa sama, Konvokesyen IPG KPM Secara Dalam Talian Tahun 2021 yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Disember 2021 diteruskan mengikut perancangan memandangkan semua persiapan bagi majlis tersebut telah dibuat.

“Konvokesyen tersebut akan disiarkan melalui pelantar Youtube Rasmi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Facebook Konvo IPG,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau menerima banyak permintaan daripada graduan IPG 2020 dan 2021 yang mahu supaya istiadat konvokesyen diadakan secara bersemuka.

“Semalam, semasa berada di reruai KPM untuk sesi Tanya DRJ pun ada beberapa graduan yang terlibat datang sendiri berjumpa saya dan meminta perkara yang sama. Nantikan perincian lanjut mengenai Istiadat Konvokesyen tersebut daripada IPGM dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN