Isteri Perdana Menteri lawat, santuni mangsa banjir - Utusan Malaysia

Isteri Perdana Menteri lawat, santuni mangsa banjir

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin Ikiri) dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Seksyen 17 Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor semalam terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang menyantuni mereka.

Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (dua dari kiri) dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri (kiri) menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Seksyen 17 Shah Alam.

Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (dua dari kanan) dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri (kanan) menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Seksyen 17 Shah Alam.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya