“Ini bukan lovebite, ini parut” - Reza Hasbi - Utusan Malaysia

“Ini bukan lovebite, ini parut” – Reza Hasbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Reza Hasbi tampil menjelaskan berkenaan parut dilehernya yang dianggap ramai pihak sebagai gigitan cinta (love bite).

Reza menerusi video TikTok yang dimuat naik di Instagramnya (IG) mengaku letih menjawab pertanyaan orang yang curiga dengan parut berkenaan.

“Asalamualaikum. Saya letih menjawab. Asyik tanya “itu love bite ke?

“Ini, saya nak bagitahu. Ini bukan love bite, ini parut. Letih nak menjawab.

“Ke awak semua dengki. Sebenarnya, awak dengki kan, saya nampak seksi, ya tak?” jelasnya.

Perkongsian Reza atau nama sebenar Muhammad Ridzuan Hasbullah itu ditonton lebih 118 pengikut di IG.

Reza sebelum ini pernah tampil menerusi beberapa filem termasuk Showdown The Movie, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda dan Mat Bond Malaya.

Bakat lakonannya dicungkil menerusi rancangan Pilih Kasih yang menyaksikan kemenangannya di tempat kedua dalam program berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya