IMC tunggu selesai urusan jual beli dulu - Utusan Malaysia

IMC tunggu selesai urusan jual beli dulu

AIZAT Safuan Razali meledak gol penyamaan Perak ketika mengikat Kuching City 2-2 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.- IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Impact Media Communications Sdn Bhd (IMC) perlu menunggu selesai urusan jual beli (S&P) dengan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) sebelum memulakan urusan pengendalian Perak FC.

Pengarah, Perkongsian dan Jualan Tajaan IMC, Muhammad Yunus Zakariah berkata, setakat ini mereka sedang menunggu menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU).

“Surat itu akan mengambil sedikit masa dan apabila siap akan ditandatangani,” katanya.

Beliau mengulas teguran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hairul Anwar Mohamed mengenai kegagalan IMC datang bertemu Perak FC sehingga kini.

Hairul atau Own membuat teguran itu kerana tiada sebarang usaha oleh IMC mengadakan pertemuan dengan Pegawai atau pemain Perak FC

Menurut Own, urustadbir yang sepatutnya dibuat IMC ialah membuat ‘due diligence’ serta menghantar ‘ letter of intent’ kepada Perak FC untuk pengambilalihan secara baik.

Sebaliknya menurut Yunus, IMC memberi keutamaan kepada menyelesaikan tunggakan gaji pemain yang telah membuat aduan kepada Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM)

“Inilah keutamaan kami ketika mula mengambil alih pemilikan Perak FC.

“Kini kami sedang berurusan dengan peguam PFAM bagi menyelesaikan kemelut ini.

“Hanya selepas itu barulah IMC membuat urusan dengan pegawai dan pemain”katanya.

Lagipun, katanya Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa) sudah menyatakan akan mengambil alih urusan pentadbiran Perak FC untuk sementara waktu.

“Ketika mengumumkan penjualan saham Perak FC, Pafa memaklumkan mereka mengambil alih urustadbir Perak FC untuk sementara waktu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya