IJN: Tun M dijangka dibenar pulang beberapa hari lagi - Utusan Malaysia

IJN: Tun M dijangka dibenar pulang beberapa hari lagi

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka dibenar pulang dalam beberapa hari lagi.

Menurut Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Mahathir sudah menjalani pemeriksaan kesihatan yang diperlukan selepas dimasukkan ke institut itu, 16 Disember lalu.

“Pasukan doktor yang merawat Tun (Dr. Mahathir) berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan kesihatan yang dilakukan sejak beberapa hari lepas. Atas sebab itu, Tun dibenar pulang dalam beberapa hari lagi.

“Tun Dr. dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya,” jelas kenyataan itu. 

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dimasukkan ke IJN pada pukul 7 petang, 16 Disember lalu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.

Memandangkan terikat dengan prosedur standard operasi (SOP), tiada pelawat dibenarkan melawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya