Seramai 73 orang disahkan positif di Sekolah Seri Puteri

73 orang disahkan positif di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sehingga hari ini, seramai 73 orang melibatkan 71 pelajar dan dua guru Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disahkan positif Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka yang disahkan positif tersebut selepas saringan dijalankan terhadap 451 individu terdiri daripada 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas.

“Kesemua guru dan pelajar (kecuali empat orang) lengkap vaksinasi. Seramai 65 pelajar yang disahkan positif dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

“Semua kategori 1 dan 2A serta dalam keadaan stabil,” katanya menerusi ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 242 orang kontak rapat dikuarantin dengan pelajar pula dikuarantin di asrama Sekolah Seri Puteri.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” ujarnya.

Malam tadi, Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan penularan Covid-19 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berpunca daripada seorang guru di sekolah berkenaan yang dimaklumkan menerusi rakaman video di Facebook rasminya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya