HRD Corp gantikan HRDF, meliputi 18 sektor - Ismail Sabri

HRD Corp gantikan HRDF, meliputi 18 sektor

ISMAIL Sabri Yaakob pada Majlis Pelancaran Jenama Baharu HRD Corp & Platform Sehenti Kebangsaan Untuk Semua Kursus Latihan Pembangunan dan Kemahiran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut hadir, M. Saravanan (tiga dari kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah melancarkan jenama baharu Human Resources Development Corporation (HRD Corp) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, HRD Corp telah berada di barisan hadapan dalam membangunkan tenaga kerja berasaskan pengetahuan berkemahiran tinggi di Malaysia sejak tiga dekad lalu.

“Dengan sukacita saya mengumumkan semua program pembangunan modal insan dan kemahiran Malaysia akan diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan akan diuruskan secara berpusat oleh HRD Corp. 

“Ini membolehkan kerajaan memulakan strategi pembangunan bakat yang lebih padu, tersusun dan cekap yang boleh memacu pemulihan ekonomi Malaysia pasca pandemik,” katanya di sini hari ini. 

Agensi itu sebelum ini dikenali sebagai Human Resorces Development Fund (HRDF), di bawah kementerian yang berfungsi untuk mengumpul kutipan levi daripada majikan berdaftar dan mengeluarkan geran latihan untuk program latihan serta peningkatan kemahiran pekerja. 

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut merasmikan platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia yang akan menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. 

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menzahirkan penghargaannya kepada Ismail Sabri yang mengiktiraf KSM dan HRD Corp sebagai pemangkin utama inisiatif pembangunan modal insan Malaysia.

“Tanggungjawab baharu ini datang tepat pada masanya kerana ia telah mengembangkan program levinya yang meliputi 18 sektor dan 238 subsektor, berbanding hanya tiga sektor dan 63 subsektor sebelum ini. 

“Pelaksanaan ini akan membolehkan HRD Corp meliputi sehingga 6.1 juta pekerja dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. 

Termasuk dalam inisiatif HRD Corp adalah program Second Chances & Opportunities for People to Excel (SCOPE) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia (JPM) untuk menyediakan latihan dan pekerjaan kepada bekas tahanan. 

Agensi itu juga akan melancarkan program serupa untuk membantu warga emas, ibu tunggal dan wanita daripada kumpulan B40 serta orang kelainan upaya (OKU).

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad; Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dan Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya