HPPNK 2021 ditunda ekoran banjir - Utusan Malaysia

HPPNK 2021 ditunda ekoran banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, penangguhan itu berikutan musibah banjir besar yang melanda kebanyakan kawasan di seluruh negara pada ketika ini.

“Keputusan ini diambil sebagai pendekatan kementerian bagi usaha misi beri tumpuan kepada golongan sasar yang terjejas akibat bencana itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

HPPNK sepatutnya akan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa ini dan untuk tahun ini, program dwitahunan tersebut dijadualkan secara hibrid dengan norma baharu yang melibatkan 13 agensi kerajaan serta syarikat swasta dan usahawan sektor hidromakan.

Kementerian tersebut berkata, penundaan HPPNK juga bagi menjamin rantaian agromakanan dan menjamin kelangsungan bekalan sekuriti makanan negara pada masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya