Hilux tergantung di jejambat, pemandu maut - Utusan Malaysia

Hilux tergantung di jejambat, pemandu maut

KERETA mangsa merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh tiang penghadang dan tergantung di atas jejambat berhampiran pusat beli-belah Mahkota Parade di sini, awal pagi ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang berumur 30-an ditemukan dalam keadaan tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Abdul Rahman berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 2.33 pagi. 

Katanya, sepasukan 12 anggota bersama-sama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan serta Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi. 

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Toyota Hilux telah merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat. 

“Terdapat seorang pemandu lelaki tersepit dan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya