Lebih 300 kek lapis yang dihasilkan setiap hari oleh Pengusaha kek lapis Desa Wira, Dayang Urai Awang Nona, 60, habis dijual setiap hari.
Dayang urai yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berkata, perniagaan kek yang diusahakan lebih 10 tahun lalu itu telah berkembang dan sehingga hari ini hampir 70 jenis kek lapis.
“Perniagaan kek lapis ini diusahakan bersama bantuan suami, Zaini Adai, 68, dan anak-anak saya.
“Dianggarkan, dalam sehari kami memerlukan 30 papan telur untuk menyiapkan kira-kira 300 kek lapis yang ditempah oleh pembeli dari sekitar Sarawak, Semenanjung dan Brunei,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Katanya, cita rasa Kek lapis Desa Wira dihasilkan mengikut aliran masa dan dijual serendah RM12 bagi 480 gram (g).
Bagi yang ingin mendapatkan kek lapis keluaran Desa Wira ini boleh kunjungi Facebook Page, Kek Lapis Desa Wira atau hubungi 013-8207759. – UTUSAN